COVID-19: JPJ Taman Jaya diarah tutup

oleh SALINA JALIL|
Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor di Taman Daya,di sini, diarahkan tutup tujuh hari sehingga 24 Januari depan.


Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, ia berikutan terdapat kes positif Covid-19 dikesan di premis berkenaan.
Modenas

 

"Ia akan dibuka semula selepas kerja sanitasi dan nyah cemar dijalankan," katanya ketika dihubungi.

 

JPJ Johor dalam satu notis yang dimuat naik di laman Facebook rasminya petang tadi menyatakan premis berkenaan ditutup sepenuhnya kepada orang ramai mulai hari ini selama tujuh hari.

 

Orang ramai masih boleh berurusan di pejabat JPJ cawangan lain dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor.

 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "JPJ Perlis membuka siri pendaftaran ini hingga 22 Februari lalu dan menerima pembida sebanyak 4…
Berita Domestik
  Mereka yang direman terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berusia antara 27 hingga 42…
Berita Domestik
  Pengarah JPJ Kedah, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, bidaan tertinggi adalah KFC 7 sebanyak…