COVID-19: Itali guna dron untuk tahu siapa mungkin terjangkit coronavirus

oleh HEZERI SAMSURI|
Itali sekarang menggunakan dron-dron untuk membantu usaha mereka dalam mengawal penduduk sana di kala wabak coronavirus sekarang ini.

Pengesan suhu pada dron itu akan mengambil suhu individu secara jauh dan kemudian menghantar informasi kepada oeprator dron.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jika suhu individu itu tinggi dan disyaki mengidap COVID-19, pihak berkuasa akan mencari dan menahan individu tersebut dan suhu akan diambil sekali lagi secara fizikal.

Mereka yang ingkar akan disaman. 

Itali ialah salah satu dari beberapa negara Eropah yang menggunakan teknologi dron untuk mengawal keadaan semasa.

Di Paris, dron digunakan untuk menghalang orang awam dari berada di kawasan sungai-sungai sementara di Sepanyol pula dron mengawasi penggunaan air.

* Laporan dari France24

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…