COVID-19: Ingkari PKPP, cadangan naikkan kompaun hingga RM10,000!

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Perdana Menteri (JPM) sedang meneliti cadangan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) untuk menaikkan kadar kompaun ke atas mereka yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Modenas

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya kajian yang dibuat membolehkan pindaan itu berlaku, maka ia akan dibawa ke Parlimen untuk diluluskan sebelum digazet.

 

"Kita sudah serah kepada JPM untuk meneliti dan berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jika ada perubahan, ia akan diumum nanti," katanya pada sidang media harian mengenai perintah kawalan pergerakan susulan Covid-19.

 

Mengulas lanjut, Ismail berkata, pelbagai pihak memberi pandangan mengenai kenaikan kadar kompaun termasuk sehingga RM10,000, namun ia memerlukan tempoh lama sebelum dikuatkuasakan kerana perlu meminda akta.

 

Katanya, Akta Tafsiran 1948/1967 juga perlu disemak dan dipinda jika mahu menambah nilai kompaun dalam Akta 342 kerana had maksimum ditetapkan hanya RM1,000.

 

"Semua ini yang sedang diteliti dan dalam kajian," katanya.

 

Sebelum ini, KKM dilapor bersedia meminda Akta 342 untuk menaikkan kadar kompaun pada sesi Dewan Rakyat, November ini.

 

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba turut dilaporkan berkata, pihaknya akan membawa perkara itu ke Kabinet bagi dibincangkan terutama behubung kadar kompaun yang bersesuaian.

 

Katanya, Kementerian Kesihatan juga mahu mendapatkan maklum balas pelbagai pihak terutama rakyat sebelum ketetapan mengenai kenaikan kompaun itu dimuktamadkan.

 

 

- Ramai di antara kita yang patuhi arahan kerajaan sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020 dahulu. Tetapi ada juga golongan yang mengingkarinya dan mengambil jalan mudah! Barisan hadapan negara kita bersungguh-sungguh berusaha menjaga kita dan negara. Sememangnya Akta perlu diubah supaya golongan yang tidak matang ini 'dimatangkan' dengan hukuman denda yang lebih tinggi dan memberi keinsafan terhadap tindakan mereka yang menyusahkan petugas di barisan hadapan, rakyat  dan negara secara umumnya! -

 

 

HM

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sementara negeri lain seperti Kedah, Kelantan, Sarawak, Negeri Sembilan dan Perak kekal di bawah…
Berita Global
Menurut tiga sumber yang rapat dengan isu tersebut menjelaskan, Hyundai berjaya mengelakkan masalah…
Berita Domestik
  “Timbul soalnya adakah tidak serik ke dengan RM1,000 ini atau macam RM5. Bagaimana itu satu,…