COVID-19: Ingkar PKP, anda akan dikuarantin di rumah hantu!

oleh SALINA JALIL|
Pihak berkuasa daerah Sragen, Jawa Tengah menyediakan rumah hantu kepada penduduk yang masih ingkar pulang ke kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksana.


Ketua pemerintah Sragen, Kusdinar Untung Yuni Sukowati berkata kepada Detik News, pihaknya meminta Ketua Kampung Miri, Sragen, membersihkan rumah berhantu di tengah sawah sebagai tempat kuarantin bagi penduduk yang keras kepala.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

 

"Kalau memang degil silakan. Saya menerima laporan ada penduduk dari dua buah kampung ingkar. Satu di Plupuh dan satu lagi di kampung Sepat yang enggan dikuarantin.

 

"Saya minta pihak berkaitan tempatkan mereka di rumah hantu, memberi makanan dan kesihatan mereka juga akan dipantau," ujarnya.

 

Katanya, tindakan itu sebagai pengajaran buat mereka yang ingkar PKP.

 

"Kita memang agak memaksa tetapi semua ini demi kebaikan seluruh penduduk.

 

"Kami harapkan hal ini menjadi pengajaran bagi orang ramai agar mematuhi arahan kerajaan bagi memutus rantaian koronavirus," katanya.

 

 

sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…