COVID-19: Ingkar PKP, 8,125 individu ditahan sejak 18 Mac 2020

oleh SALINA JALIL|
Seramai 8,125 individu ditahan setakat ini kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata seramai 1,220 orang ditahan pada hari Sabtu kerana kesalahan itu, dengan 854 individu dikenakan kompaun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Seramai 345 individu direman manakala 21 individu dibebaskan dengan jaminan polis," katanya pada sidang media semalam.

 

Katanya, sebanyak 783 sekatan jalan raya diadakan di seluruh negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam, dengan pemeriksaan dilakukan ke atas 435,361 kenderaan.

 

"Sebanyak 48,123 pemeriksaan mengejut diadakan di seluruh negara dan 6,158 premis diperiksa pihak berkuasa," katanya.

 

Dari segi Operasi Sanitasi Awam yang dilaksanakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Ismail Sabri berkata, sebanyak 1,413 operasi dilakukan di 89 zon termasuk di 25 zon merah sejak 30 Mac lalu.

 

Jumlah itu merangkumi 987 bangunan kerajaan, 602 tempat awam, 599 pusat perniagaan dan 115 pasar raya.

 

“Semalam, sebanyak 122 operasi sanitasi dilaksanakan di 51 zon di 13 negeri, termasuk 38 kawasan di Johor dan 23 kawasan di Pahang.

 

“Selain itu, satu Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan 17 kawasan guna sama skim strata kos rendah dan sederhana rendah zon merah di Selangor dinyah cemar, menjadikan jumlah keseluruhan 38 PPR selesai disanitasi membabitkan 37,686 unit rumah,” katanya.

 

Sementara itu, seramai 12,359 individu yang baru pulang dari luar negara sedang menjalani proses kuarantin wajib ketika ini di 163 pusat kuarantin seluruh negara.

 

Ismail Sabri menegaskan, kuarantin wajib tetap dilaksanakan ke atas semua rakyat Malaysia yang masuk ke negara ini melalui pintu masuk antarabangsa darat, laut dan udara di seluruh negara, selepas menjalani saringan.

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…