COVID-19: Indonesia benar balik kampung untuk raya atas dasar ekonomi

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan Indonesia telah membuat keputusan untuk membenarkan rakyatnya membuat perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

Menurut laporan Jakarta Post, negara itu terpaksa membenarkan aktiviti "mudik" itu atas faktor ekonomi.

"Kami mahu mengelakkan ekonomi negara dari terhenti sepenuhnya," ujar Menteri Hal Ehwal Maritim Pelabuhan, Luhut Binsar Pandjaitan. Beliau juga adalah pemangku jawatan Menteri Pengangkutan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Luhut seterunya berkata tidakan untuk tidak melakukan kawalan pergerakan adalah pilihan terbaik berbanding dengan pilihan-pilihan lain.

Menteri itu berkata pelan tindakan itu disokong oleh Presiden Joko Widodo.

"Kalau kita halang pun, mereka akan tetap pulang ke kampung.

"Oleh itu, kami buat keputusan untuk menasihati mereka bahawa dengan bermudik itu akan menyebarkan lagi penyakit kepada keluarga. Lebih baik jika mereka tidak lakukannya," terang Luhut.

 


 

 

Antara nasihat yang diberikan ialah orang ramai yang pulang ke kampung perlu melalui proses isolasi sendiri selama 14 hari dan akan diberikan status Orang Dalam Pemantauan (ODP).

Ini dikongsi oleh jurucakap presiden, Fadjroel Rachman di dalam siaran medianya semalam.

Isnin lalu gabenor Jakarta Anies Baswedan membuat permohonan untuk menghentikan operasi bas dari atau ke Jakarta tetapi ditolak oleh Luhut.

* Laporan penuh di Jakarta Post

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…