COVID-19: Ibu-ibu di Singapura hantar 3,000 kg susu ibu beku untuk bayi-bayi mereka di Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Kawalan pergerakan atau "circuit-breaker" yang berlangsung di Singapura menyebabkan ribuan rakyat Malaysia yang bekerja dan tinggal di pulau itu terkandas dan tidak boleh balik melihat anak-anak mereka di Malaysia.

Kebanyakan dari mereka ini adalah pasangan suami isteri yang menyewa dan bekerja di Singapura dan meninggalkan anak-anak mereka bersama sanak saudara atau ibubapa mereka di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kawalan pergerakan di kedua-dua negara menyebabkan mereka tidak dapat balik pada hujung minggu untuk melihat anak-anak dan untuk yang mempunyai bayi, mereka tidak dapat pulang untuk memberikan susu ibu.

Seorang guru tadika yang bekerja di Singapura memulakan satu kumpulan ibu-ibu Malaysia yang menyusukan anak masing-masing tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana terkandas di sana.

 

 

Puan Tee, 29, berjaya menarik seramai 350 orang ibu-ibu itu di dalam Facebook dan akhirnya Tee berjumpa dengan sebuah syarikat logistik dari Malaysia yang sanggup membawa bekalan susu ibu yang dibekukan dari Singapura ke Johor Bahru.

Perjalanan pertama pada 29 Mac melihat 20 kotak seberat 20 kg maksimum setiap satu dihantar kembali ke Malaysia dengan harga S$10. 

Perjalanan kedua pada 1 April melihat lagi 20 kotak susu ibu beku dihantar ke Johor sekali lagi.

Situasi ini sampai kepada pengetahuan wakil rakyat Stulang, Andrew Chen Kah Eng yang berkata beliau tidak pernah mendengar penghantaran susu ibu beku sebanyak itu.

 

 

Pada 8 April, 30 kotak susu ibu beku seberat 600 kg sampai ke pejabat Andrew dan dihantar ke destinasi masing-masing di Johor Bahru.

Untuk penghantaran seterusnya, Andrew berjaya mendapatkan perkhidmatan ruang beku di Singapura di mana ibu-ibu boleh menghantar susu ke sana secara bergilir-gilir, tanpa perlu berkerumun.

Penghantaran sebanyak 118 kotak seberat 2,300 kg itu dihantar ke bilik beku di Johor Bahru, dan kemudian dihantar ke alamat sejauh Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Kos penghantaran sekarang adalah antara RM30 hingga RM200, bergantung kepada alamat penghantaran.

* Berita asal dan gambar-gambar dari Channel News Asia

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…