COVID-19: Ibu bawa skuter 1,400 km untuk selamatkan anak yang terkandas

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang wanita di India menunggang skuternya sejauh 1,400 km selama tiga hari semasa perintah berkurung semata-mata untuk membawa pulang anaknya yang terkandas di Nellore, Andhra Pradesh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Razia Begum, 48 tahun, ialah seorang gurubesar di sekolah kerajaan memulakan perjalanan beliau hari Isnin lalu. Beliau sebelum itu telah meminta kebenaran pihak berkuasa.

Razia tiba di Nellore pada hari Rabu petang.

 

Ibu itu mengakui perjalanan yang dilaluinya sukar tetapi beliau nekad untuk membawa anak lelakinya pulang.

Suaminya meninggal-dunia 15 tahun lalu dan beliau mempunyai dua orang anak lelaki - seorang ialah graduan kejuruteraan dan seorang lagi ialah Nizamuddin yang berusia 19 tahun.

Nizamuddin telah pergi ke Mellore untuk menghantar rakannya dan terkandas di sana selepas perintah berkurung.

* Berita dan gambar dari India Glitz.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…