COVID-19: Hospital swasta mulakan ujian saringan pandu-lalu

oleh HEZERI SAMSURI|

Hospital KPJ Damansara Specialist sudah memualakn ujian saringan COVID-19 secara pandu-lalu atau "drive-thru" agar mereka yang positif dengan virus itu boleh dikesan dalam masa lapan minit.

Walaupun ada fasiliti hospital swasta lain yang sudah memulakan ujian saringan COVID-19 secara pandu-lalu, KPJ Damansara ialah yang pertama melakukan ujian itu tanpa perlu membuat temujanji.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ujian secara pandu-lalu ini juga lebih pantas, lapan minit berbanding dengan 20 minit jika mereka membuat ujian saringan biasa dengan masuk ke dalam bangunan.

Dibuka sejak 26 Mac, sambutannya menggalakan.

"Objektif utama ialah untuk mengurangkan sentuhan fizikal antara satu sama lain dan juga memudahkan pelanggan untuk diuji," ujar Dr Nur Abdul Karim, perunding pakar perubatan dan ketua Perkhidmatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) di KPJ Damansara.

"Kami mengikut langkah hospital di Korea Selatan, iaitu untuk menguji semua orang. Dengan cara itu, kami boleh mengesan kes positif lebih awal untuk mengurangkan kadar merebak COVID-19," sambungnya lagi.

"Ia adalah ujian saringan yang sama digunakan di hospital-hospital lain dan diluluskan oleh kerajaan sebagai "standard emas"."

Ujian saringan pandu-lalu ini dibahagikan kepada dua stesen.

Stesen pertama adalah untuk pendaftaran dan pembayaran serta mengambil suhu badan, bacaan oksigen dan nadi.

Stesen kedua ialah khusus untuk ujian saringan COVID-19, dimana sampel dari hidung dan kerongkong diambil. Mereka kemudian diberikan sedikit rundingan cara dan sebarang pertanyaan akan dijawab oleh staf hospital.

Ujian pandu-lalu ini dibuka bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tenghari, dari Isnin sehingga Sabtu.

"Kami terfikir juga untuk melanjutkan tempoh operasi tetapi kami tidak mahu staf kami menerima tekanan," kata Dr Nur.

Keputusan ujian mampu diberikan dalam masa 24 jam.

* Laporan asal dan gambar utama dari FMT


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…