COVID-19: Honda ubahsuai Odyssey dan Step WGN sebagai kenderaan pengangkutan pesakit COVID-19 di Jepun

oleh SALINA JALIL|
Reuters melaporkan bahawa Honda Motor Co telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah mengubahsuai 50 buah kenderaan mereka untuk mengangkut pesakit COVID-19 ke hospital dan berfungsi sebagai kenderaan kuarantin dengan menutup bahagian belakang kenderaan tersebut bagi memastikan pemandu berada dalam keadaan selamat dari jangkitan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Syarikat pembuat kereta Jepun itu berkata mereka telah meletakkan jurang kedap udara antara pemandu dan kawasan penumpang belakang kenderaan dan mengubah sistem penghawa dingin untuk membolehkan udara luar masuk melalui bahagian depan berhampiran pangkalan pengelap cermin depan dan pengaliran udara di bahagian penumpang belakang pula melalui corong di belakang dan mengalir keluar dari belakang. 

 

minivan
Honda Step WGN


Honda turut mengatakan bahawa sistem pengudaraan sehala yang dipasang pada model Odyssey dan Step WGN ini telah diubahsuai agar dapat memastikan udara dari bahagian belakang tidak memasuki ruang pemandu sebagai langkah mengurangkan risiko jangkitan.

 


Syarikat itu pada mulanya hanya meminjamkan kenderaan tersebut kepada pihak berkuasa kesihatan di Tokyo, dan pada hari Selasa lalu, dua kenderaan lagi telah diserahkan, kata seorang jurucakap syarikat tersebut. 

 


Perancangan terbaharu adalah untuk membekalkan kenderaan tersebut ke wilayah Saitama, kata mereka lagi.

 

odyssey
Honda Odyssey


Honda akan mempertimbangkan untuk menyediakan lebih banyak kenderaan mereka untuk diguna pakai oleh pihak kesihatan dan bergantung kepada permintaan pihak kerajaan. Mereka juga memberi peringatan bahawa kenderaan mereka bukan ambulans. 

 


Jepun mempunyai 8,885 kes jangkitan Coronavirus, mengikut statistik pada pagi hari Rabu, angka ini tidak termasuk dari kapal pesiaran yang dikuarantin pada bulan Februari, dengan 174 kematian, menurut laporan Reuters.

Berita Berkenaan

Berita Global
Perancangan itu ialah untuk menjadikan Honda lebih kompetitif bagi pasaran EV di US dan Eropah.…
Berita Global
Honda menawarkan program persaraan awal yang terbuka untuk mereka yang berusia antara 55 hingga 63…
Berita Global
Antara puncanya ialah permintaan untuk kenderaan berenjin biasa semakin menurun di Jepun kerana…