COVID-19: Harley-Davidson potong gaji dan hentikan pekerja untuk sementara waktu

oleh SALINA JALIL|
Menurut laporan dari Reuters semalam, Harley-Davidson Inc yang terletak di Chicago, Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa mereka telah memberhentikan sementara sebahagian besar pekerja di bahagian pengeluaran global.

Mereka juga telah melaksanakan pemotongan gaji dalam menurunkan kos operasi akibat wabak Corona virus yang telah mengakibatkan penurunan permintaan di pasaran global buat masa ini.

 

Sebelum ini Harley-Davidson telah menarik balik ramalan jualan untuk tahun ini memandangkan bekalan permintaan dan jualan motosikal tersebut telah terganggu dengan kemunculan penyakit yang merangkumi seluruh dunia.

 


Kedudukan saham Harley-Davidson juga turut mengalami penurunan sebanyak 5.7 peratus.

 


Secara keseluruhan Harley-Davidson menganggarkan penurunan jualan adalah sebanyak 25 peratus tahun ini.

 

Sebagai sebahagian daripada pemotongan kos, Harley mengatakan ia akan "mengurangkan" secara signifikan semua perbelanjaan tidak penting.

 

Ketua pegawai eksekutif dan lembaga pengarahnya juga tidak akan dibayar gaji buat masa ini kata syarikat tersebut.  


Di peringkat kaki tangan pula, pemotongan gaji di bahagian korporat eksekutif akan dipotong sebanyak 30 peratus dan di jabatan lain pula pemotongan gaji mereka adalah di antara 10 sehingga 20 peratus. 

 

 

 

Reuters

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Jakarta Post, pegawai-pegawai kesihatan di lapangan terbang Sorong mengesan seorang…
Berita Domestik
Menurut Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, acara sosial termasuk…
Informasi
Bagai 'Sudah jatuh ditimpa tangga', satu-satunya motosikal miliknya juga tidak dapat digunakan…