COVID-19: Hari Raya pertama sahaja dibenarkan ziarah menziarahi (maksimum 20 orang mengikut keluasan rumah)

oleh SALINA JALIL|
HANYA 20 individu sehari dibenarkan untuk menziarah pada perayaan hari pertama Aidilftri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam memutuskan bahawa aktiviti ziarah dihadkan bagi perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai di Sarawak.

Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan juga perlu dipatuhi sepenuhnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Mesyuarat khas MKN putuskan untuk hadkan aktiviti iaitu hari pertama sahaja. Ia adalah untuk ahli keluarga terdekat dan tak lebih 20 individu dalam satu masa.

 

"Jumlah itu juga perlu mengambil kira keluasan rumah. Sebagai contoh rumah flat yang berukuran 600 kaki persegi, sudah tentu jumlah itu dalam satu masa adalah ramai dan tidak boleh penjarakan sosial jadi mungkin boleh masuk lima individu setiap kali tetapi maksimum tetap 20 orang sehari," katanya.

 

Menurutnya, SOP ketika berkunjung juga perlu diikuti iaitu mengunakan pensanitasi tangan atau basuh tangan ketika melawat.

 

"Mereka digalakkan memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial. Jangan makan berbagi, biasalah bila adik beradik apa dia makan kita pun makan. Kita cuba tahun ini.

 

"Saya ingin ingatkan bila kita kenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah untuk kita kekal berada di rumah untuk elak diri dari bertembung dengan orang ramai. Walaupun sudah longgar untuk beraya tetapi kita sendiri perlu disiplin untuk elak jumpa ramai orang," katanya.

 

Beliau mengambil contoh kejadian di Bahrain apabila ada keluarga yang terdiri daripada 16 individu menghadiri majlis berbuka puasa yang akhirnya menyebabkan mereka semua dijangkiti wabak Covid-19.

 

"Saya juga mengambil contoh di New Jersey, Amerika Syarikat yang hanya terdiri empat orang berkumpul untuk jamuan makan dan akhirnya mereka semua meninggal dunia kerana Covid-19.

 

"Ya kita benar tetapi kita kena jaga diri sendiri. Berayalah dengan keluarga sahaja. Walaupun keluarga terdekat datang, kita sendiri kena ambil pendirian dan ketetapan. Golongan berisiko tinggi adalah warga emas, katalah kita berjumpa nenek berusia 80 tahun dan kehadiran kita bahaya untuk mereka," katanya.

 

Berhubung rumah terbuka, Ismail Sabri berkata mengikut SOP ia tidak dibenarkan dan selaras dengan Akta 342 yang tidak membenarkan orang ramai berhimpun.

 

"Rumah terbuka adalah dilarang di dalam Akta 342. Jadi, raya ziarah pada hari pertama saja, tidak ada kedua, ketiga sampailah ke-30. Biasanya kita beraya selama sebulan.

 

"Kerajaan memberi kelonggaran untuk berhari raya bersama keluarga, tetapi kita mesti bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan kita. Berayalah bersama keluarga di dalam rumah kita," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

 

Beliau turut menyentuh mengenai operasi pusat beli-belah yang menawarkan diskaun kepada orang ramai di musim perayaan kerana dibimbangi menyebabkan kesesakan.

 

Katanya, kebenaran beroperasi diberikan bersama SOP dan peniaga perlu mematuhi SOP seperti penjarakan sosial di dalam dan luar kedai bagi memastikan keselamatan semua.

 

"Begitu juga dengan penggunaan pembasmi kuman dan sebagainya. Pelanggaran SOP boleh menyebabkan kita mengarahkan mereka menutup operasi perniagaan.

 

"Jadi kita akan tempatkan pasukan khas di kawasan ini untuk memantau supaya tidak ada pelanggaran SOP dan penjarakan sosial dipatuhi," katanya.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…