COVID-19: Grab wujudkan dua tabung khas untuk pemandu dan penghantar

oleh SALINA JALIL|
Grab mewujudkan dua tabung khas yang dinamakan ‘Partner Protection Fund’ dan ‘Partner Relief Fund’ bagi menyokong rakan petugas pemandu dan penghantarnya.


Ketua Grab Malaysia Sean Goh dalam kenyataan hari ini berkata ‘Partner Protection Fund’ yang menawarkan bantuan sokongan sehingga RM1,000 tiap seorang pemandu atau rakan penghantar.


Ia adalah tabung perlindungan bagi membantu petugas yang disahkan positif jangkitan COVID-19, atau yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kuarantin.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Sementara itu Grab ‘Partner Relief Fund’ sehingga RM300 tiap seorang pemandu atau rakan penghantar, akan membekalkan rakan petugas kami ini dengan baucar bagi membantu perbelanjaan isi rumah harian mereka.

 

“Baucar ini boleh digunakan untuk kebanyakan perkhidmatan Grab, sama ada bagi ‘reload’ perkhidmatan telefon bimbit atau membeli barang dapur penting dengan diskaun 50 peratus bagi keluarga mereka sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.

 

grab

 

Menurutnya lagi Grab turut membekalkan petugas dengan penutup hidung dan mulut menerusi GrabBenefits dan telah bekerjasama dengan mereka untuk menjadikan dua amalan sebagai mandatori, yakni sanitasi tangan di kedai, dan pembungkusan rapi bagi mengelak kontaminasi dan tumpahan.

 

Goh berkata Grab mengambil langkah-langkah yang imperatif untuk menjaga rakan penghantar mereka ini semasa mereka terus berkhidmat kepada pelanggan, terutama dengan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Sementara itu menurutnya Grab bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk menyebar akses segera buat komuniti Grab kepada maklumat yang paling tepat dan pantas sebarang berita mengenai COVID-19.

 

Selain itu Grab turut membuat penghantaran “tanpa kontak” bagi meminimumkan risiko kontak fizikal bagi orang ramai dan rakan petugas kami, di mana semua perkhidmatan Food, Mart atau Pasar yang ditawarkannya, kini adalah ‘tanpa tunai’.

 

Grab turut memperkenalkan Perlindungan COVID-19 yang boleh diperoleh oleh pelanggan Grab semasa mereka memilih Ride Cover hanya dengan bayaran 35 sen setiap perjalanan.

 

“Sila rujuk tanda insurans pada aplikasi Grab untuk maklumat lebih lanjut (mengenai Perlindungan COVID-19),” katanya.

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat ride-hailing Bolt itu telah menyenaraikan di LinkedIn untuk jawatan…
Berita Domestik
Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penurunan kadar asas daripada RM5 kepada RM4.…
Berita Global
Menurut satu kenyataan, syarikat yang berpangkalan di Berlin itu merancang untuk menjual…