COVID-19: GP Singapura batal untuk tahun kedua

oleh Mohamad Hanif|
Setelah Malaysia menamatkan penganjuran sukan berprestij F1 pada tahun 2017, lokasi yang paling dekat untuk kita nikmati deruman jentera tersebut adalah di negara jiran, Singapura.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, disebabkan wabak pandemik COVID-19 yang masih lagi belum reda, penganjuran GP Singapura kini terpaksa dibatalkan untuk tahun kedua berturut-turut.

Menurut naib pengerusi GP Singapura, Colyn Syn, "kami faham kebanyakan peminat tidak sabar untuk menantikan kehadiran perlumbaan di sini. Keputusan untuk tidak menganjurkannya bagi tahun kedua agak sukar melihatkan kepada halangan penganjuran acara secara langsung di sini.

Selain daripada GP Singapura, GP China dan GP Turki juga terpaksa menghadapi nasib yang serupa walaupun lokasi yang disebutkan itu tadi sudah pun dimasukkan ke dalam jadual awal.

Tiket jualan untuk GP Singapura masih lagi belum mula dijual walaupun sesetengah pemegang tiket tahun 2020 boleh menggunakannya untuk tahun ini.

Menurut penganjur, kesemua duit tiket tersebut akan dikembalikan sepenuhnya.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…