COVID-19 - GP Jepun dibatalkan lagi

oleh SALINA JALIL|
Grand Prix (GP) Jepun dibatalkan untuk tahun kedua berturut-turut berikutan 'kerumitan berterusan' yang dihadapi akibat pandemik COVID-19, kata Formula Satu (F1) semalam.


Perlumbaan terbabit dijadual berlangsung di Suzuka pada 10 Oktober ini, namun F1 berkata kerajaan Jepun membatalkannya susulan situasi pandemik di negara terbabit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beberapa wilayah termasuk Tokyo sedang berada dalam situasi darurat.

 

"Keputusan diambil oleh kerajaan Jepun untuk membatalkan perlumbaan pada musim ini susulan kerumitan pandemik yang sedang berlaku di negara itu," kata F1 dalam satu kenyataan.

 

Sebelum ini, beberapa perlumbaan sudah dibatalkan termasuklah di Australia, China, Kanada dan Singapura. F1 bagaimanapun belum memutuskan bagaimana untuk mengisi kekosongan itu.

 

"F1 sedang meneliti kalendar yang sudahpun disusun semula dan akan mengumumkan maklumat akhir pada beberapa minggu ini.

 

"F1 sudah membuktikan pada tahun ini dan tahun 2020 di mana kami boleh menyesuaikan diri dan mencari jalan untuk ketidakpastian yang sedang berlaku serta teruja dengan minat yang ditunjukkan di beberapa lokasi tuan rumah bagi acara F1 pada tahun ini dan seterusnya."

 

MotoGP yang seharusnya berlangsung pada Oktober ini sudah dibatalkan pada Jun lalu.

 

Litar Suzuka yang akan menyambut ulang tahun ke-60 pada 2022 sudah menganjurkan 31 GP sejak 1987 dengan juara dunia ditentukan di litar terbabit dalam 11 musim.

 

April lalu, promoter GP Jepun dan pemimpin F1 mengumumkan perlumbaan akan kekal di Suzuka sehingga 2024.

 

 

 

-AFP

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…