COVID-19: GM, Ventec bergabung tingkatkan produksi alat ventilator di US

oleh Mohamad Hanif|
Peningkatan terhadap kes jangkitan pandemik COVID-19 semakin membimbangkan, dan ia sekaligus memberikan kesan kepada kekurangan peralatan perubatan yang diperlukan bagi merawat pesakit.

Sebelum ini kami telah melaporkan beberapa pengeluar di UK telah mempertimbangkan untuk membantu menghasilkan alat ventilator perubatan untuk kegunaan hospital di sana.

General Motors pula dalam satu perkembangan lain menjalinkan kerjasama dengan syarikat penghasil peralatan perubahan, Ventec Life System untuk meningkatkan tahap produksi alat ventilator di Amerika Syarikat.

Menurut CEO GM, Mary Barra berkata, "kami sedang bekerjasama dengan Ventec untuk meningkatkan tahap produksi peralatan sokongan pernafasan untuk kegunaan pesakit COVID-19.

Ventec yang berpengkalan di Seattle akan bergantung sepenuhnya kepada keupayaan GM di dalam bidang logistik, pembelian dan kepakaran pembuatan bagi menghasilkan ventilator yang diperlukan.

Sementara itu, GM pula tidak menetapkan lokasi untuk memasang alat ventilator perubatan dan masih berusaha untuk meneroka semua opsyen yang tersedia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun untuk tahun ini, beliau nampaknya terpaksa menahan diri seketika memandangkan GM telah…
Berita Global
Acura ZDX 2012   Terbaru Acura berkongsi tentang perkembangan model elektriknya yang pertama…
Berita Global
Honda menyifatkan rekaan Prologue sebagai 'neo-rugged', namun berdasarkan imej yang dibekalkan,…