COVID-19: Ford hasilkan gaun hospital daripada bahan beg udara!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun kebanyakan kilang automotif terpaksa menghentikan operasi buat sementara waktu, beberapa kilang kini dibuka bagi menghasilkan barangan serta komponen yang diperlukan bagi menangani COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di Amerika Syarikat, Ford kini mula menghasilkan alat bantuan pernafasan, topeng muka, serta gaun hospital yang diperbuat daripada bahan pembikinan beg udara!

Ford bekerjasama dengan Beaumont Health di Detroit untuk rekaan gaun yang boleh dipakai semula, serta bantuan daripada Joyson Safety System bagi membekalkan bahan beg udara yang mampu menampung kira-kira 1.3 juta gaun hospital.

 

 


Presiden Beaumont Health David Claeys menyahut baik langkah Ford dalam menghasilkan gaun hospital, terutama ketika para petugas baris hadapan berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan PPE ketika bertugas merawat pesakit.

Selain daripada itu, Ford juga akan menggunakan fasiliti transmisi di Van Dyke, Michigan untuk menghasilkan topeng muka dengan bantuan daripada 30 orang pekerja berbayar.

Bilangan pekerja akan ditambah sebanyak 80 orang lagi bagi memastikan produksi topeng muka berjalan lancar.

 


Sementara itu di fasiliti pemasangan Flat Rock, Ford dengan kerjasama 3M menghasilkan alat bantuan pernafasan yang dilengkapi penapis udara dengan sasaran penghasilan kira-kira 100,000 unit.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…