COVID-19 - Ford, GE Healthcare, 3M ganding bahu hasilkan ventilator, alat pernafasan, pelindung muka

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada keadaan semasa yang semakin membimbangkan, Ford sedia meminjamkan keupayaan pengeluaran sedia ada untuk menghasilkan komponen perubatan penting bagi melawan penularan COVID-19.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Sehingga artikel ini ditulis, Ford telah bekerjasama dengan dua syarikat pembekal utama iaitu GE Healthcare dan juga 3M.

Ford dan GE Healthcare bekerjasama untuk meningkatkan kadar produksi alat ventilator perubatan, di mana menurut Ford mereka mampu menghasikan alat ventilator yang lebih ringkas berdasarkan rekaan GE sedia ada.

Ini memandangkan bekalan ventilator semakin kritikal akibat penambahan bilangan pesakit COVID-19 - kebanyakannya mengalami kesukaran bernafas.

 


Selain GE Healthcare, Ford juga turut berganding bahu dengan 3M untuk membangun dan memproduksikan alat bantuan pernafasan yang dilengkapi dengan ciri penapisan udara.

Alat bantuan pernafasan ini akan menggunakan komponen automotif sedia ada seperti kipas daripada tempat duduk berliang trak pikap Ford F-150!

Ford mempunyai perancangan untuk menghasikan kira-kira 1,000 unit alat bantuan pernafasan sebulan di kilang pemasangan Michigan, sekaligus membantu 3M meningkatkan kadar produksi peralatan tersebut.

 

 


Ford juga turut membangunkan pelindung muka penuh untuk digunakan bersama-sama alat bantuan pernafasan N95 yang mampu memberikan perlindungan tambahan kepada para petugas barisan hadapan.

Sebanyak 1,000 unit pelindung muka telah pun siap dibangunkan dan telah dihantar ke hospital lokal untuk diuji.

Untuk penghasilan alat pelindung muka penuh ini, Ford mensasarkan kuantiti penghasilans sebanyak 100,000 unit per minggu di kilang subsidiari Plymouth, Michigan.

 


Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana Ford dengan baik hatinya melancarkan program pengalaman pemanduan yang menyeluruh dengan…
Berita Global
Transit Custom Nugget dilengkapi dengan pelbagai ciri kemudahan untuk menjadikannya teman percutian…
Berita Global
Nama Mustang GTD tu diambil bersempena dengan kelas perlumbaan IMSA GTD, di mana kebanyakan jentera…