COVID-19: Feri Langkawi - sekali sehari mulai 23 Mac

oleh HEZERI SAMSURI|
Perkhidmatan feri ulang alik dari Langkawi - Kuala Kedah dan Langkawi - Kuala Perlis akan dihadkan kepada satu perjalanan dalam sehari bermula 23 hingga 31 Mac.

Menurut pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures, Kapten Baharin Baharom, syarikat terpaksa membuat perjalanan itu kerana masih ramai individu yang mahu menjalankan perjalanan keluar masuk ke Langkawi walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perjalanan ulang alik itu akan bermula jam 11 pagi dari Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah. Perjalanan dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah ke Langkawi pula ialah pada jam 4 petang.

Baharin berkata ia akan menghadkan jualan tiket kepada dua jam sebelum waktu perjalanan dan menggalakkan orang ramai membeli secara dalam talian di laman web mereka, www.langkawiferryline.com

Beliau turut berkata pihak syarikat mempertimbangkan untuk menjual hanya separuh tempat duduk agar penumpang boleh duduk berjauhan antara satu sama lain.

* Berita asal dari Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara lain, keadaan ini dicetuskan oleh faktor kenaikan harga diesel susulan konflik Asia Barat…
Berita Domestik
Bagaimanapun, beliau berkata, masih terdapat 36,733 tiket masih belum terjual setakat ini dan…
Berita Domestik
Menurut beliau, keputusan ini dibuat bagi membanteras penyalahgunaan status bebas cukai oleh…