COVID-19: Etiqa sumbang RM1 juta bagi pembelian alat bantuan pernafasan

oleh SALINA JALIL|
Syarikat insurans dan takaful milik, Malayan Banking Berhad (Maybank), Etiqa menyumbang RM1 juta bagi membeli alat bantuan pernafasan untuk merawat wabak COVID-19.


Sumbangan itu disalurkan melalui Mercy Malaysia bagi menangani masalah kekurangan peralatan berkenaan di hospital di seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Tambahan RM1 juta lagi turut disumbangkan kepada tabung bencana Mercy Malaysia untuk membantu sebagai persediaan strategik dan pelan tindak balas terhadap virus berkenaan.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamaludin Ahmad, berkata inisiatif ini adalah sebahagian tanggungjawab sosial korporat dalam membantu komuniti serta menyokong usaha dilaksanakan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM).

 

“Sebagai peneraju terbesar insurans dan takaful di Malaysia, kami bertanggungjawab untuk membantu negara dalam menangani masalah COVID-19 ini.

 

“Dengan keadaan semasa yang sangat membimbangkan, kami berharap supaya sumbangan kepada Mercy Malaysia dapat memastikan tiada pesakit yang tidak dapat diselamatkan kerana kekurangan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Kamaludin berkata, empat entiti kumpulan Etiqa iaitu Etiqa General Insurance Berhad, Etiqa General Takaful Berhad, Etiqa Life Insurance Berhad dan Etiqa Family Takaful Berhad berganding bahu dalam menjayakan inisiatif terbabit.

 

“Dengan peningkatan jumlah pesakit COVID-19 di Malaysia, jumlah alat bantuan pernafasan yang sedia ada di hospital pasti tidak mencukupi untuk menangani jumlah kes yang kritikal.

 

“Dalam saat yang getir ini, saya juga ingin menyeru supaya semua pihak di negara ini memainkan peranan masing-masing dalam memastikan virus ini tidak merebak dengan lebih teruk,” katanya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merangkumi perlindungan dari kebakaran, kecurian, kilat, letupan, tangki air atau paip pecah…
Berita Domestik
Pemilik kereta yang sebenar akan memilih perlindungan yang terbaik bagi memastikan kereta yang…
Informasi
  Malaysia tidak terkecuali dan di sini ialah tiga cara utama peminat automotif boleh menggunakan…