COVID-19 - dua lelaki ditahan bawa 50 kg muatan ketum

oleh Mohamad Hanif|
Dua lelaki ditahan bersama 50 kilogram daun disyaki ketum dalam sekatan jalan raya Op COVID-19 di Jalan Sungai Tua menghala Hulu Yam Bharu, awal pagi Selasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamarrudin berkata, kedua-dua lelaki warga tempatan masing-masing berusia 26 dan 46 tahun itu ditahan selepas pemandunya dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan kira-kira 1.40 pagi.

 

“Pemeriksaan di dalam kereta jenis Mitsubishi Triton yang dinaiki suspek menemui 10 beg plastik berisi daun ketum dianggarkan berat 50 kilogram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman sehingga Rabu dan kes disiasat mengikut Sek 30(3) Akta Racun 1952.

Sumber: Astro Awani
Gambar Hiasan: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…