COVID-19: Dua laluan utama masuk Bahau ditutup sepenuhnya

oleh SALINA JALIL|
Dua laluan utama untuk masuk bandar Bahau ditutup sepenuhnya, mulai pagi ini, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, Teo Kok Seong, berkata penutupan itu membabitkan laluan Kilometer 0.5 Jalan Bahau-Rompin dan persimpangan lampu isyarat jalan pintas Tesco.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Beliau berkata, langkah itu diambil atas nasihat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol bagi memastikan pematuhan terhadap PKP berjalan lancar.

 

“Kita melihat berlaku kesesakan lalu lintas sejak seminggu lalu apabila ramai yang masuk ke bandar ini sehingga ada pihak beranggapan tiada PKP di Bahau.

 

“Kita jangan mementingkan diri sendiri, sebaliknya perlu ada perasaan belas kasihan terhadap petugas barisan hadapan yang bekerja di bawah matahari terik,” katanya pada sidang media, hari ini.

 

Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif; Pegawai Daerah Jempol, Syahrul Nizam Saleh; dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol, Raja Norazli Raja Nordin.

 

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, pemeriksaan ke atas semua kenderaan akan dilaksanakan pada sekatan jalan raya di Taman Sornam bagi mereka yang masuk ke bandar itu.

 

Sementara itu, Mohd Khairiel berkata, penduduk yang mahu ke Bahau dari arah Bandar Seri Jempol, perlu melalui laluan Serting Tengah ke Batu Kikir sebelum ke bandar itu.

 

Beliau berkata, orang ramai dari arah Rompin yang mahu ke Bahau pula boleh menggunakan laluan Bahau-Dangi (kilang simen) dan sebaliknya.

 

“Laluan dari arah Bandar Seri Jempol ke Rompin atau sebaliknya masih boleh dilalui.

 

“Kita hanya menutup dua laluan berkenaan bagi mengehadkan perjalanan orang ramai agar mematuhi PKP.

 

“Justeru, ada satu jalan masuk saja ke bandar Bahau, iaitu melalui laluan Bahau-Juasseh sama ada dari arah Kuala Pilah, Tampin atau Batu Kikir,” katanya.

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…