COVID-19: Cuba tipu polis, akhirnya terperangkap sendiri

oleh SALINA JALIL|
Cubaan seorang lelaki menipu polis kononnya diarahkan majikan untuk pergi ke kedai telefon bimbit di Kuala Sungai, Alor Setar kerana premis itu disamun malam tadi, gagal apabila dia didapati bekerja di sebuah kedai judi dalam talian.


Polis yang curiga dengan alasan lelaki berusia 22 tahun itu ketika ditahan untuk pemeriksaan dalam Op COVID-19 bertindak mengekorinya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sebaik tiba, polis mendapati premis yang didakwa sebagai kedai telefon adalah kedai judi dalam talian dan selepas siasatan dia mengaku bekerja di situ.



Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, suspek kemudian ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam operasi yang sama di Jalan Seberang Putra - Jalan Sungai Baru, dua beradik perempuan berusia 15 dan 22 tahun ditahan kerana keluar tanpa alasan kukuh pada jam 9.45 malam.



"Ketika ditahan, mereka memberi alasan dalam perjalanan untuk pulang selepas mengunjungi rumah rakan di Mergong," katanya.



Dalam pemeriksaan mengejut di kawasan itu juga, polis menahan empat lelaki berusia 20 hingga 50-an kerana ingkar PKP.



Beliau berkata, operasi yang bermula dari jam 9.30 sehingga 11.30 malam itu disertai dua pegawai dan 16 anggota selain empat anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dari Balai Polis Alor Setar.



Kesemua mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan Peraturan 3(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

 

 

 

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…