COVID-19: Bomba laksanakan 85 'Op Sanitasi Awam' di seluruh negara

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) melaksanakan sebanyak 85 Op Sanitasi Awam di seluruh negara sehingga 31 Mac 2020.


Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid, berkata jumlah itu daripada 255 kawasan dikenalpasti dan dikategorikan sebagai Zon Merah, Jingga dan Kuning yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Menurut beliau, jumlah kawasan itu akan berubah dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan permintaan daripada KKM.

 

“Sanitasi awam itu merangkumi 14 Zon Merah, Zon Jingga (6) dan Zon Kuning (9) mengikut pengkelasan Pejabat Kesihatan Daerah yang ditetapkan KKM,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Sarung Tangan Getah Perubatan, Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (KPPK) kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di Ibu Pejabat JBPM di sini, hari ini.

 

 

Sumber: BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…