COVID-19 - BNM luluskan tangguh bayaran pinjaman individu, syarikat SME untuk enam bulan, bermula 1 April

oleh Mohamad Hanif|
Para pelanggan perkhidmatan perbankan termasuklah peminjam individu dan syarikat perusahaan kecil sederhana (SME) kini dibenarkan untuk menangguhkan pembayaran pembiayaan termasuklah gadai janji dan sewa beli untuk tempoh enam bulan bermula 1 April 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perkara ini disebut oleh Bank Negara Malaysia dalam satu surat yang dihantar kepada ketua-ketua institusi kewangan pada hari ini.

Menurut surat itu lagi, institusi perbankan perlu menyediakan informasi dan maklumat yang mencukupi kepada peminjam individu dan SME tentang pembayaran pinjaman untuk tempoh moratorium.

Untuk baki pinjaman kad kredit yang belum dijelaskan, para pelanggan perlu ditawarkan opsyen untuk menukarkan baki tersebut kepada pinjaman jangka masa tidak melebihi tiga tahun.

"Bagi peminjam korporat, institusi perbankan adalah digalakkan untuk memudahkan urusan moratorium," menurut surat itu lagi.

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Moratorium, atau penangguhan bayaran balik pinjaman juga turut diperluaskan kepada perusahaan mikro…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada The Edge Markets, selain daripada PETRONAS, beberapa syarikat lain turut…
Berita Domestik
BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) memutuskan…