COVID-19: BMW sasar hasilkan ratusan ribu topeng muka dalam sehari

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun BMW sudah pun menghentikan produksi di kilang utamanya sehingga 30 April ini, ia bukanlah penghalang bagi pengeluar kenderaan jenama Jerman itu untuk duduk diam ketika wabak COVID-19 menyerang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut CEO BMW, Oliver Zipse berkata, BMW akan mula memproduksikan topeng muka bagi melindungi kakitangan serta orang awam daripada wabak pandemik coronavirus.

Tambah Zipse lagi, dengan keupayaan pengeluaran sedia ada, BMW mampu untuk menghasilkan beberapa ratus ribu unit topeng muka dalam sehari.

Sebelum ini, BMW telah pun menghantar bekalan 100,000 topeng muka kepada kerajaan Jerman, selain membekalkan lagi 50,000 unit topeng muka dan sejuta sarung tangan pada Rabu lalu.

Manakala dalam masa dua minggu lagi, lebih sejuta unit topeng muka akan diserahkan kepada pihak yang berkenaan.

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…