COVID-19: Bermula dari semalam ICQS Padang Besar ditutup, 34 petugas jalani kuarantin

oleh SALINA JALIL|
Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar ditutup mulai hari ini berikutan enam warga Thailand yang melaluinya untuk kembali ke negara asal kelmarin disahkan positif COVID-19.


Pengerusi Jawatankuasa Hubungan dan Kerjasama Sempadan negeri, Ruzaini Rais, berkata penutupan berkuat kuasa sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sehubungan itu juga, katanya seramai 34 petugas di ICQS berkenaan membabitkan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia diarah menjalani kuarantin 14 hari atas faktor keselamatan.

 

Mengulas lanjut, beliau berkata enam warga Thailand itu antara kumpulan 39 pelajar yang menuntut di sebuah universiti di Riyadh, Arab Saudi dan kepulangan mereka diuruskan sepenuhnya kerajaan Thailand sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

 

"Perkara ini dimaklumkan kerajaan Thailand hari ini bahawa dalam kumpulan terbabit, enam daripadanya disahkan positif COVID-19.

 

"Tiga daripada mereka menjalani proses kuarantin di Songkhla, manakala tiga lagi menjalani kuarantin di rumah di sana.

 

"Jadi sebagai langkah keselamatan kita menutup urusan berkaitan di Kompleks ICQS bermula hari ini kepada semua pihak termasuk kakitangan bertugas untuk melakukan proses sanitasi dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Ruzaini berkata, semua kakitangan bertugas pada 25 Mei lalu akan menjalani proses kuarantin di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar bermula hari ini.

 

"Jadi saya ingatkan lagi sekali kepada rakyat di negeri ini untuk lebih berjaga-jaga berikutan timbulnya kejadian sebegini.

 

"Walaupun berada di zon hijau, kita tidak boleh memandang ringan akan perkara sebegini," katanya.

 

 

 

sumber: BH

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, lalu lintas dijangka kekal sesak di kedua-dua pusat pemeriksaan darat itu, pada Jumaat …
Berita Domestik
Beliau berkata Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura turut memberikan…
Berita Global
Memetik laporan daripada Astro Awani, wakil Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Seiji Kihara memaklumkan…