COVID-19: Bengkel, kedai alat ganti di Selangor dibenarkan buka sepanjang PKP

oleh SALINA JALIL|
Pusat servis kenderaan dan kedai alat ganti di Selangor, dibenarkan beroperasi mulai jam 9 pagi sehingga 4 petang setiap hari, bagi tujuan kecemasan sepanjang fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 April.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han, berkata kerajaan negeri memberi keutamaan kepada barisan hadapan yang perlu keluar bekerja setiap hari dan mereka yang terbabit dalam ‘essential services’.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Kebenaran ini adalah untuk tujuan kecemasan di mana masalah kereta dapat dibaiki demi keselamatan rakyat, terutamanya mereka yang perlu bekerja dalam tempoh PKP ini yang menghadapi masalah kenderaan.

 

“Tetapi semua individu, dalam apa juga situasi perlu mematuhi jarak sosial 1 meter apabila berada di tempat awam seperti itu.

 

“Bagi yang tiada keperluan untuk keluar, duduk di rumah sahaja bagi membantu mengekang penularan wabak COVID-19,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Selain pusat servis kenderaan dan kedai alat ganti katanya, stesen minyak di negeri itu dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 8 malam.

 

Sze Han berkata, ia juga bagi membantu dan memberikan kemudahan kepada mereka yang amat memerlukannya terutama mereka yang bekerja dalam tempoh PKP.

 

“Pengusaha juga perlu mengawal dan memastikan jarak 1 meter dipatuhi. Kebanyakan stesen minyak adalah sangat sunyi, tidak timbul masalah.,” katanya.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…