COVID-19: Bazar Ramadan di Perak berkonsepkan "beli dalam talian, ambil pandu lalu"

oleh SALINA JALIL|
Perak akan melaksanakan konsep bazar Ramadan secara pandu lalu dan dalam talian dikenali ‘S.M.A.R.T Iftar@Perak’ bermula 29 April ini, sejurus tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, berkata ia alternatif disediakan kerajaan negeri untuk memberi ruang kepada peniaga, namun masih mengambil kira aspek pematuhan PKP bagi membendung penularan wabak COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Bagaimanapun, katanya S.M.A.R.T Iftar@Perak atau apa-apa bazar Ramadan di negeri ini tidak akan ada sekiranya tempoh PKP dipanjangkan lagi.

 

“Kita ambil kira semangat pelaksanaan PKP yang perlu mengamalkan penjarakan sosial untuk mengelak perkumpulan orang ramai dan mengambil pandangan pelaksanaan bazar Ramadan secara tradisional tidak sesuai.

 

“Kita sudah dapat persetujuan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk kenal pasti lokasi yang selamat dan boleh dikawal untuk pelaksanaan konsep ini, bagi memastikan kurang risiko jangkitan COVID-19,” katanya kepada media, semalam.

 

Nolee Ashilin berkata, setiap PBT akan mengumumkan melalui saluran masing-masing untuk menawarkan kepada peniaga bersama-sama dalama konsep bazar ini di lokasi yang sudah dikenal pasti.

 

“Penetapan menu bersesuaian akan dibincangkan dengan peniaga supaya ia dapat disediakan lebih awal di premis atau kediaman, kerana penjualan di tapak hanyalah untuk yang siap dibungkus.

 

“Melalui konsep ini, kita percaya ia selamat dari segi interaksi kerana tiada orang berkunjung beramai-ramai dan transaksi berlaku secara pandu lalu. Untuk menu ia akan dipamerkan melalui laman web untuk pengunjung membuat pilihan sebelum datang mengambilnya,” katanya.

 

Nolee Ashilin berkata, setakat ini kira-kira 40 lokasi seluruh negeri dikenal pasti membabitkan lebih 1,000 peniaga.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…