COVID-19: Bas ekspres 'rombongan warga Indonesia' ditahan di Seremban

oleh SALINA JALIL|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dua puluh lima orang termasuk pemandu bas ekspres dan pembantunya ditahan polis di Seremban semalam selepas didapati ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, kesemua yang ditahan itu membabitkan tiga lelaki tempatan dan 17 lelaki serta lima wanita warga Indonesia.

 

Menurutnya, bas ekspres berkenaan ditahan pada 10.30 pagi di persimpangan lampu isyarat di Jalan Yam Tuan.

 

Katanya, berdasarkan siasatan awal didapati bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru.

 

"Kesemua yang berusia antara 19 hingga 66 tahun kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Mohd Said berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

 

"Selain itu, ada antara mereka itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana kesalahan berkaitan imigresen," katanya.

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…