COVID-19: Art of Speed 2020 dibatalkan!

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada situasi semasa yang semakin membimbangkan, pihak penganjur acara tahunan Art of Speed (AOS) membuat keputusan untuk membatalkan Art of Speed 2020 (AOS2020) yang dijadualkan berlangsung pada 28 Disember-3 Januari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Keputusan tersebut dibuat memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan semasa yang hanya akan dikemaskini selepas 20 Disember 2020, dan melihatkan kepada laporan kes jangkitan yang melebihi 1,000 orang setiap hari.

Namun, pihak penganjur akan mengadakan OTOEXPO bertempat di lokasi yang sama (1 Utama Shopping Centre) pada bulan Mac hadapan yang akan memfokuskan kepada pameran kenderaan baharu, motosikal, serta aksesori.

Sementara itu, acara tahunan Art of Speed yang ke-10 akan dijadualkan berlangsung pada Oktober 2021 di lokasi MAEPS bersempena dengan ulang tahun yang ke-10 Art of Speed yang bakal menampilkan kolaborasi antarabangsa untuk menarik lebih ramai orang untuk mengunjungi acara tersebut.

Art of Speed juga baru-baru ini bekerjasama dengan Culture Cartel dan Singapore Tourism Board untuk menghasilkan sebuah filem pendek berjudul Bayangan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Keputusan tersebut dibuat memandangkan Malaysia kini dilanda gelombang pandemik COVID-19 yang…