COVID-19: Anggota frontliner parah kena rempuh remaja mabuk

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang remaja perempuan yang dipercayai mabuk dan positif dadah telah merempuh sekatan jalan raya di Jalan Muhibbah, Lahad Datu tengah malam tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di situ cedera parah selepas dirempuh dan diseret sejauh tujug meter oleh kenderaan yang dipandu oleh remaja tersebut.

Remaja itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan lanjut. 

Ujian saringan air kencing suspek mendapati ia positif dadah jenis Methamine dan Amphetamine. 

Selain tidak mempunyai lesen memandu yang sah, suspek juga menyembunyikan dadah pada poket seluarnya.

Anggota PGA yang menjadi mangsa mengalami patah tangan kanan dan cedera di dahi dan sedang dirawat di Hospital Lahad Datu.

* Berita asal dan gambar utama dari Harian Metro

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…