COVID-19: AirAsia saran tawaran kredit dan tidak tuntut bayaran balik

oleh SALINA JALIL|
Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menyarankan para pelanggan yang terjejas agar penerima tawaran kredit bukannya menuntut bayaran balik bagi penerbangan yang dibatalkan kerana wabak Covid-19.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata, sehingga kini lebih 80 peratus pelanggan telah menerima tawaran kredit sebagai alternatif.

 

"Saya tahu ramai di antara anda telah menyatakan kekecewaan kerana tidak menerima bayaran balik untuk penerbangan anda tetapi saya menyarankan anda untuk menerima kredit sebagai alternatif terbaik.

 

"Lebih daripada 80 peratus daripada anda telah menerima tawaran kredit kami dan kami benar-benar menghargai ini.

 

"Kredit ini mempunyai masa sah 365 hari dan membolehkan anda mengubah tarikh penerbangan anda untuk beberapa kali tanpa had," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Beliau menambah, walaupun pihaknya amat mengharapkan pelanggan menerima tawaran kredit, AirAsia masih menerima permohonan untuk pembayaran balik mengikut kes.

 

"Namun, ia mungkin memerlukan proses yang panjang antara 12 hingga 16 minggu kerana banyak permintaan yang kami terima," katanya.

 

Jelas beliau, apa yang sedang berlaku sekarang ini adalah cabaran terbesar yang dihadapi AirAsia dalam tempoh hampir 20 tahun penubuhannya.

 

Oleh itu, beliau mahu bersikap terbuka dan telus dalam situasi yang tidak menentu ini.

 

"Kami tidak mempunyai perolehan yang masuk, 96 peratus penerbangan terjejas dan kami masih mempunyai komitmen kewangan berterusan seperti pembekal bahan api dan ejen pajakan," katanya.

 

Sebelum ini AirAsia mengambil langkah mengurangkan gaji sementara bagi barisan kakitangan pengurusan kanan sebagai langkah mengurangkan kos syarikat.

 

 

 

SH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…