COVID-19: AEON Credit beri kelonggaran moratorium selama 1 bulan

oleh HEZERI SAMSURI|
Untuk mereka yang mengambil pinjaman dari Aeon Credit, syarikat kredit berlesen itu memberikan moratorium untuk tempoh sebulan bagi COVID-19.

Menurut salinan soalan lazim yang diterima oleh Careta, moratorium itu dikira secara automatik pada 1 April dan tidak perlu dimohon. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mereka yang menggunakan sistem autodebit, pihak AEON Credit tidak akan mendebitkan akaun anda.

Tidak ada sebarang caj tambahan akan dikenakan untuk moratorium dan ia tidak akan direkodkan pada sistem CCRIS, RAMCI ataupun CTOS.

Ia adalah untuk pembayaran ansuran bagi bulan April sahaja dan pembayaran bulanan perlu disambung seperti biasa pada bulan Mei.

Untuk yang mahu meneruskan pembayaran, AEON Credit mengalu-alukan pembayaran secara online atau

Namun begitu, sekiranya anda mempunyai tunggakan selama tiga bulan pada 1 April, anda tidak layak untuk moratorium ini. 

Untuk sebarang informasi lebih lanjut, hubungi AEON Credit di laman web mereka di www.aeoncredit.com.my

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…