COVID-19: 3,570 penduduk Simpang Renggam diminta JANGAN keluar rumah

oleh HEZERI SAMSURI|
Dua kawasan di Simpang Renggam, Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai tengah malam ini.

Dua kawasan itu ialah Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid. Kedua-dua kawasan ini adalah lokasi pertama dikenakan tindakan PKPD selepas 61 penduduknya dikesan positif COVID-19.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pengumuman ini dilakukan sebentar tadi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setelah mendapati ada 83 kes positif di Kluang dan 61 ialah dari dua lokasi yang terbabit.

Perintah ini akan membabitkan 3,570 orang penduduk tempatan dari 650 keluarga.

Ia akan berkuat-kuasa mulai tengah malam ini sehingga 9 April depan.

Di bawah ialah susulan pelaksanaan PKPD itu:

  • Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.
  • Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kedua-dua kawasan sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.
  • Semua aktiviti perniagaan dihentikan.
  • Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.
  • Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.
  • Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.
  • Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.
  • Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 07-7735224 / 07-7722434.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Jadual perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis adalah pada 11 pagi, manakala dari Kuala Perlis…
Berita Domestik
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata industri automotif…
Berita Domestik
Disebabkan perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) yang dilaksanakan pada ketika ini,…