COVID-19: 26 ditahan hadiri pengebumian mangsa kemalangan jalan raya

oleh SALINA JALIL|
Degil dan enggan mematuhi arahan polis agar bersurai, seramai 26 lelaki ditahan dalam satu upacara pengebumian di Taman Intan, Kapar, Klang, petang semalam.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, polis bertindak ke lokasi sebaik menerima laporan terdapat satu upacara pengebumian yang akan dijalankan membabitkan kira-kira 50 individu.


“Setiba di lokasi, polis beberapa kali memberi amaran supaya bersurai dan tidak berarak, tetapi terdapat beberapa individu masih berdegil.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Bertindak di atas pengingkaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk bersurai, polis menangkap 26 lelaki di sekitar lokasi itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Nurulhuda berkata, siasatan mendapati upacara pengebumian itu membabitkan seorang remaja lelaki berusia lingkungan 17 tahun meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

 

“Remaja terbabit meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Rabu lalu akibat kemalangan jalan raya, bagaimanapun tiada laporan polis setakat ini.

 

“Keluarga si mati mengadakan upacara sembahyang di rumahnya di Taman Intan dan mereka yang hadir ke upacara itu adalah rakan si mati.

 

“Bapa si mati juga ditangkap mengikut Akta Pertubuhan kerana menganjurkan majlis yang mempunyai unsur gangsterisme,” katanya.

 

Beliau berkata, semua tangkapan terdiri daripada lelaki berumur lingkungan umur 20 hingga 30-an.

 

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

 

“Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula dari tarikh 17 April hingga 20 April, manakala bapa si mati yang berumur lingkungan 40-an akan direman esok,” katanya.

 

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan PKP fasa ke tiga ini dan bagi upacara kematian hanya boleh dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

 

Terdahulu, beberapa video berkaitan seperti polis menahan orang awam, kumpulan remaja bermotosikal serta orang awam berada di kawasan perkuburan tersebar di media sosial.

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…