COVID-19: 11 pusat tahanan sementara pesalah PKP beroperasi Khamis ini

oleh SALINA JALIL|
Sebanyak 11 pusat tahanan sementara bagi menempatkan pesalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mula beroperasi Khamis ini.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah mewartakan pusat-pusat berkenaan semalam untuk dijadikan pusat tahanan baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, ia sekali gus mengatasi kebimbangan penularan wabak COVID-19 serta penjarakan sosial jika ramai pesalah KPK ditahan di penjara sedia ada.

 

“Kementerian Kesihatan akan menyediakan petugas untuk memantau serta menyediakan kemudahan kesihatan di penjara (pusat tahanan sementara berkenaan),” katanya pada sidang media di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, semalam.

 

Beliau menjelaskan, perkara itu selaras dengan pengumuman kerajaan mahu mewartakan 13 akademi Jabatan Penjara Malaysia untuk dijadikan pusat tahanan sementara mereka yang disabitkan oleh mahkamah bersalah melanggar PKP.

 

Rabu lalu, Ismail Sabri dilaporkan berkata, pusat tahanan baharu itu akan mengikut semua prosedur operasi standard (SOP) penjara termasuk peraturan dan undang-undangnya tanpa sebarang keistimewaan.

 

Keputusan berkenaan dicapai pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP dan pewartaan akan dilakukan oleh KDN, manakala perincian perkara itu akan dibincangkan di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Peguam Negara dan Jabatan Penjara.

 

Sebelum ini, Jabatan Penjara Malaysia telah memaklumkan sudah bersedia menerima pesalah kes ingkar PKP di pusat latihannya, bermula di empat fasiliti, iaitu Akademi Koreksional Malaysia di Langkawi; Maktab Penjara Malaysia di Kajang; Pusat Latihan Pegawai Penjara di Taiping dan di Puncak Borneo, Sarawak.

 

Lokasi lain bakal diumumkan dalam masa terdekat selepas proses penyelarasan dilakukan oleh Jabatan Penjara dan KDN.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…