COVID-19: 10 Pusat Servis Nissan kini beroperasi

oleh SALINA JALIL|
Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn. Bhd. (TCEAS) mengumumkan bahawa mereka telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk pemilik Nissan menghantar kenderaan mereka ke pusat servis mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pusat servis TCEAS yang terbabit akan mempratikkan sistem ‘tinggal dan ambil’, di mana pelanggan hanya boleh meninggalkan kenderaan mereka di pusat servis mengikut slot yang ditempah dan tidak akan dibenarkan untuk menunggu di sana.

 

Pemilik diwajibkan untuk membuat janji temu terlebih dahulu dengan pusat servis terdekat. Temu janji boleh dibuat menerusi aplikasi DriveOn atau dari laman web TCEAS dan pusat panggilan Nissan Customer Care di talian 1800- 88-3838.

 

Senarai pusat servis TCEAS yang dibenarkan untuk beroperasi adalah seperti berikut:

 

 

TCEAS akan turut mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti mengambil suhu badan pelanggan dan kaki tangan mereka, memastikan jarak sosial yang disarankan dan pembasmian kuman secara kerap di pusat servis.

 

Semua kenderaan juga akan melalui proses disinfeksi sebelum dan selepas servis. Topeng muka dan cecair pencuci tangan akan turut dibekalkan secara percuma, manakala bayaran tanpa kontak (cashless) turut digalakkan.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Pakej KURO berharga RM8,000 itu merangkumi kit aero yang dibangunkan oleh TOMEI Jepun, terdiri…
Model Terbaharu
Tambahan pakej itu memberikan kedua-dua varian tersebut rupa yang lebih lasak dan agresif, di mana…
Model Terbaharu
Dari sudut luaran, Nissan Serena J IMPUL ini mendapat kemasan krom dengan rekaan bampar yang lebih…