COVID-15: Senarai perkhidmatan berkepentingan bertambah dari 10 ke 15 perkara untuk fasa ketiga PKP

oleh SALINA JALIL|
Menurut laporan dari The Star, senarai perkhidmatan berkepentingan telah diperluas yang melibatkan 15 perkara berbanding 10 dalam fasa ketiga perintah kawalan pergerakan (PKP).


Dalam Warta Persekutuan terbaharu, ia menyatakan bahawa "setiap perkhidmatan, karya atau industri sebagaimana ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan pihak berkuasa yang mengatur perkhidmatan, karya atau industri" dibenarkan beroperasi di bawah perkhidmatan berkepentingan.


MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sementara itu, empat perkata yang dimasukkan semula ke dalam senarai adalah:

 

1. Pengangkutan melalui darat, air atau udara;


2. Perkhidmatan di pelabuhan, dermaga dan lapangan terbang, termasuk penyimpanan barang, pemuatan barang, pengendalian kargo, dan penyimpanan barangan komoditi;

 

3. Pengeluaran, penapisan, penyimpanan, pembekalan dan pengedaran bahan bakar dan pelincir;

 

4. Hotel dan penginapan

 

Keempat-empat perkara tersebut disenaraikan di bawah 22 perkara awal perkhidmatan berkepentingan semasa fasa pertama PKP.

 

Senarai itu dikurangkan menjadi hanya 10 perkara pada fasa kedua ketika kerajaan mengumumkan PKP yang lebih ketat untuk mengekang penyebaran Covid-19.

 

Senarai baharu tersebut telah dikeluarkan pada hari Selasa (14 April) di bawah Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Deklarasi Kawasan Tempatan yang Dijangkiti) 2020 dan berkuat kuasa pada hari Rabu (15 April).


Ia telah ditandatangani oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang menyatakan bahawa PKP dilanjutkan lagi dari 15 April hingga 28 April.

 

Sekatan pergerakan dalam radius 10 kilometer untuk keperluan harian seperti makanan, ubat-ubatan dan makanan tambahan masih kekal.

 

 

 

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…