Countach moden tak dapat pengiktirafan pereka asal

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa bulan yang lalu, Lamborghini tampil dengan model Countach LPI 800-4 yang dihasilkan sebanyak 112 unit sahaja sebagai satu 'penghormatan' buat model Countach yang asal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, tahukah anda pereka asal Countach tidak pernah gembira dengan kelahiran Countach versi moden itu?

Menurut laporan daripada Autoweek, Marcello Gandini yang turut bertanggungjawab terhadap rekaan Espada, Jarama, Miura dan Diablo telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung projek Countach LPI 800-4 menerusi anaknya, Marzia Gandini Provera dan agensi PR-nya.
 

Countach


"Marcello Gandini menjelaskan beliau tidak pernah mengambil bahagian dan tidak dapat mengiktiraf projek yang tidak mendapat kelulusan beliau sendiri.

Difahamkan, Gandini sebelum ini telah berbincang dengan Mitja Bokert, ketua unit rekaan Lamborghini bagi membincangkan sebuah model skala sebagai satu tribut khas kepada Maestro Gandini.

Malangnya, Gandini tidak pernah dimaklumkan berhubung projek untuk menghasilkan model produksi bersiri rendah, dan disebabkan itu beliau tidak memberikan sokongan atau kelulusan terhadap projek itu.
 

Countach


Menurut kenyataan itu lagi, Marcello Gandini ingin mengesahkan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang peranan, dan sebagai seorang pencipta reka bentuk yang asal beliau mendakwa projek Countach LPI 800-4 itu tidak mencerminkan semangat dan visinya.

"Semangat inovasi dan ingin menjadi sesuatu yang berbeza sama sekali tidak wujud di dalam rekaan baharu ini."

"Jelas dan nyata pasaran dan teknik pemasaran telah banyak berubah, namun sejauh apa yang saya tahu, penghasilan model daripada masa lalu, menurut pendapat saya adalah bertentangan dengan prinsip dasar DNA saya.

Sumber: Autoweek

Berita Berkenaan

Berita Global
Sepanjang kariernya, Gandini terkenal dengan hasil kerjanya bersama Lamborghini, di mana dia…
Berita Global
Lebih tepat lagi, AIM EV Sport 01 yang dihasilkan oleh Shiro Nakamura, bekas pereka Nissan GT-R…
Berita Global
Berita tersebut diumumkan sendiri oleh rakannya di laman Facebook, dengan memetik kata-kata…