Ia juga mendapat pujian dari rakyat US yang rata-rata bangga produk tempatan mereka sama bagus dengan kereta-kereta sport Eropah, tetapi dijual pada harga yang jauh lebih mampu milik.
Namun begitu, seperti model-model laku keras yang lain di sana, pengedar akan mula menaikkan harga kerana tahu pasaran akan tetap membayar lebih untuk mendapatkan produk tersebut.
Perkara tersebut sama dengan industri motosikal Malaysia yang mengamal pasaran terbuka, di mana harga jualan terpulang kepada pengedar dan tidak dikawal oleh pengilang.
Pengedar-pengedar motosikal tempatan diketahui menaikkan harga produk yang menerima sambutan hangat di pasaran.
Antara model-model motosikal yang pernah menjadi mangsa ialah Yamaha 135LC, Yamaha Y-Suku dan lain-lain.
Ramai dikalangan pembaca Careta yang meminta agar pengedar-pengedar ini "dihukum" dan meminta pengilang meletakan harga jualan.
Sayang sekali ada dua perkara yang bakal terjadi sekiranya harga motosikal dikawal oleh pengilang.
Pengedar tidak lagi boleh memberikan diskaun-diskaun istimewa. Contohnya, diskaun wang tunai serta kelengkapan menunggang diberikan percuma kepada pembeli.
Ini sering terjadi kepada model-model motosikal yang "sejuk".
Satu lagi sebab ialah berdasarkan pengalaman saya.
Jika pengedar menurut harga rasmi yang diumumkan oleh pengilang, akan ada pengguna-pengguna yang membeli produk itu untuk dijual semula kepada pembeli.
Pengedar-pengedar tahu ini akan berlaku, dan mereka berpakat dari menguntungkan pihak ketiga, baik mereka sendiri yang mengautnya.
Pasaran terbuka mempunyai kebaikan dan keburukannya sendiri. Di dalam dunia di mana ramai pengguna mahukan pilihan, pasaran terbuka membuatkan pengguna untuk "bekerja" dengan membandingkan tawaran antara pengedar-pengedar.
Ini akan menjadikan pengedar sendiri lebih berdaya saing dan lebih kompetitif. Bukankah itu yang kita mahukan?