Coronavirus - jualan kenderaan di China menjunam 92 peratus!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang dibimbangkan oleh pemerhati industri, wabak coronavirus (Covid-19) memberikan kesan yang lebih ketara terhadap prestasi penjualan kenderaan baharu di pasaran terbesar dunia - China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, minggu pertama Februari sahaja mencatatkan penurunan jualan sehingga 92 peratus dengan hanya 811 unit kenderaan dijual di seluruh China. 

Menurut laporan daripada China Passenger Car Association, kejatuhan angka ini merupakan kesan sementara akibat wabak virus yang melanda, dan ia dijangka pulih selepas pusat pameran beroperasi kelak. 

Cui Dongshu, ketua setiausaha CPCA berkata, "tiada sebarang pengunjung hadir di pusat pameran pada minggu pertama, mereka lebih rela duduk di rumah.
 


China telah menggandakan usaha bagi mengatasi masalah ini, termasuklah memperkenalkan pelbagai jenis promosi dan subsidi bagi menggalakkan pembelian kenderaan baharu. 

Geely juga turut melancarkan khidmat jualan dalam talian, di mana mereka kini membenarkan pelanggan untuk membeli kenderaan dan dihantar secara terus ke depan pintu rumah. 

Beberapa syarikat besar seperti Nissan dan Honda turut menangguhkan sementara operasi di fasiliti pemasangan sehingga 11 Mac ini setelah mendengar pengumuman semasa dari kerajaan China. 

Kesan daripada wabak ini bukan sahaja memberikan efek negatif kepada pasaran domestik, malah rantian bekalan global juga turut sama terjejas. 

Fiat dimaklumkan akan menghentikan sementara produksi model 500L, dan Jaguar Land Rover turut sama mengalami masalah kekurangan bekalan komponen automotif sekiranya keadaan ini berterusan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan, boss Lotus Phil Popham memberitahu Autocar bahawa mereka telah pun kehilangan masa…
Berita Global
Menurut Reuters, BMW mahu mengurangkan kapasiti pekerja mereka akibat isu coronavirus. Jumaat lalu…
Berita Domestik
Penutupan operasi ini turut melibatkan fasiliti pemasangan Honda yang terletak di Pegoh, Melaka,…