Coronavirus: Asia GT Festival 2020 ditangguhkan

oleh Mohamad Hanif|
Wabak coronavirus yang melanda dunia ketika ini memaksa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membuat pengisytiharan sebagai darurat kesihatan awam di peringkat global.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sehubungan dengan itu, pihak Federation Internationale de l'Automobile (FIA) dan Federation of Automobile and Motorcycle Sports of People's Republic of China (CAMF) membuat keputusan untuk menghentikan sementara aktiviti sukan permotoran demi mengurangkan risiko jangkitan virus.

Penganjur bagi acara Asia GT Festival yang dijadualkan bakal berlangsung pada bulan Mac ini di litar Antarabangsa Sepang turut mengambil inisiatif yang sama dengan mengumumkan penangguhan musim perlumbaan 2020 kepada tahun 2021. 

Menurut kenyataan rasmi Matahari Lee selaku Pengarah Eksekutif Asia GT Festival, pihak mereka mengambil berat soal kesihatan pasukan perlumbaan, barisan pelumba, penaja serta rakan media dan para peminat sukan permotoran berprestij ini.

 


Asia GT Festival 2019 membuat kemunculan rasmi pertama di luar China pada 15-17 Mac 2019 dengan kehadiran pengunjung seramai 40,000 orang yang menyaksikan lebih daripada 100 buah jentera berentap di Litar Antarabangsa Sepang.

Dengan penangguhan Asia GT Festival 2020, pihak penganjur kini memfokuskan tumpuan untuk membawakan kejutan yang lebih menarik untuk musim perlumbaan 2021. 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Difahamkan, ia merupakan acara permotoran terbesar yang bakal dianjurkan dengan penyertaan daripada…