Corolla Cross dapat nama baru di China - Frontlander

oleh Mohamad Hanif|
Di pasaran China, Toyota telah mendedahkan beberapa teaser model SUV baharu yang bakal dilancarkan sebagai Toyota Frontlander.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun bagi mereka yang arif dengan model-model Toyota moden, sekilas pandang sahaja sudah pun diketahui Frontlander sebenarnya merupakan sebuah Toyota Corolla Cross yang bakal didedahkan secara rasmi di acara Guangzhou Auto Show pada November ini.

Selain daripada menunjukkan profil sisi, Toyota juga turut mendedahkan rekaan lampu hadapan LED, serta rekaan gril yang didapati dipinjam daripada model Corolla Cross Jepun, namun hadir dengan logo Toyota dan bukannnya logo C.
 

Corolla Cross


Dari segi penawaran kuasa, Toyota Frontlander bakal dijana oleh enjin petrol 1.8 liter (138 hp) atau versi hibrid berkuasa 121 hp dengan sistem pacuan E-Four secara opsyen.

Di China, adalah menjadi satu amalan biasa bagi pengeluar untuk bekerjasama dengan syarikat tempatan, di mana Toyota juga turut bekerjasama dengan syarikat FAW dan GAC.

Toyota Frontlander akan diproduksikan oleh GAC Toyota, sementara model Corolla Cross pula berkemungkinan besar akan ditawarkan oleh FAW.
 

Crown


Selain daripada Frontlander, Toyota juga turut mempunyai nama yang berbeza untuk model tertentu di China, seperti IZOA (C-HR), Levin (Corolla), Wildlander (RAV4), dan Crown Kluger (Highlander).