Copen GR Sport - convertible kei-car talaan Gazoo Racing!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Daihatsu Copen - sebuah kereta sports bersaiz kei - merupakan kelahiran dan bersurat-beranakkan dari kilang Daihatsu, ia bukanlah penghalang bagi Toyota untuk mendatangkan sebuah penawaran baharu di bawah divisyen Gazoo Racing.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ya, anda bukan tersalah baca, penawaran terbaharu Gazoo Racing adalah sebuah kei-car, Copen GR Sport. 

Difahamkan, Copen GR Sport ini akan diperkenalkan secara rasmi pada 9 November ini, dan khusus untuk pasaran negara matahari terbit sahaja. 
 


Copen GR Sport ditawarkan dalam dua jenis transmisi, iaitu manual lima nisbah kelajuan dan CVT, di mana masing-masing didatangkan dengan enjin 660 cc turbo yang memacu roda hadapan dan ciri limited-slip differential. 

Dari segi luaran, Copen ini telah didatangkan dengan bumper hadapan dan belakang yang dikemas kini, dan tidak ketinggalan gril radiator.

Sistem pencahayaan menggunakan lampu LED sepenuhnya, manakala ruang arca roda dihiasi dengan rim forged BBS sebelum diakhiri dengan kemasan logo GR Sport.  
 


Model ini tidak hanya sekadar berubah rupa, akan tetapi Gazoo Racing telah menala kembali sistem stereng berkuasa dan sistem gantungan kereta convertible ini supaya ia lebih sesuai dengan imej baharu yang dibawakan.

Di bahagian dalaman pula, hanya upholsteri berwarna hitam yang ditawarkan lengkap dengan logo GR pada tempat duduk Recaro, stereng Momo dan trim hitam piano. 

 

 

Terdapat beberapa komponen opsyen yang ditawarkan oleh GR pada harga yang lebih premium termasuklah:

  • apron hadapan - ¥51,700 (RM2,000)
  • front side blade - ¥44,000 (RM1,702)
  • skirt sisi - ¥66,000 (RM2,553)
  • spoiler belakang - ¥47,300 (RM1,829)
  • spoiler trunk - ¥22,000 (RM851)

Harga jualan di Jepun bermula dari ¥2.35 juta (RM94,203) untuk varian manual, dan ¥2.38 juta (RM92,074) untuk varian CVT tujuh nisbah kelajuan, tidak termasuk barangan yang disebutkan di perenggan atas. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
  GR Circuit Edition kembali ditawarkan setahun lagi dan dalam warna Blue Flame selain Ice Cap…
Berita Global
Seperti contoh, bekas presiden Gazoo Racing Koji Sato yang juga pemilik sebuah AE86 mempunyai…