Contoh modifikasi untuk BMW i8 Roadster - nampak mengancam!

oleh Mohamad Hanif|
BMW i8 merupakan model coupe/roadster plug-in hybrid yang dilancarkan oleh BMW semenjak tahun 2014 sehinggalah sekarang, dan dengan unit jualan melebihi 20,000 unit di peringkat global, ia sekaligus menjadi kereta sports PHEV paling laris di dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Secara kasarnya, BMW i8 merupakan salah satu kereta sports dengan rekaan yang futuristik dan tidak pula lapuk ditelan zaman.

Namun bagi mereka yang mahu membuat sedikit sentuhan terhadap model roadster, ini merupakan contoh modifikasi yang didatangkan daripada Creative Bespoke.

 


Dari segi luaran, Creative Bespoke telah memasang pakej aerodinamik lengkap diperbuat daripada gentian karbon, seperti contoh lip hadapan, diffuser, sayap belakang, skirt sisi dan pemasangan sirip pada bampar hadapan.

Rumah penala itu juga turut mendatangkan set rim forged bersaiz 22 inci dengan kemasan Satin Bronze, spring sport daripada H&R, sistem ekzos Frequency Intelligent, dan sistem ECU yang dikhususkan untuk pemanduan yang berprestasi tinggi, namun tidak pula diberitahu peningkatan kuasa kuda yang dihasilkan.

 


Menurut Creative Bespoke, kos keseluruhan modifikasi ini adalah bernilai $50,000 (RM205,875), namun anda boleh mendapatkan jentera sports hibrid ini dengan harga bermula dari $139,800 (RM575,626.50).

Berdasarkan semakan ringkas di laman jualan kenderaan terpakai, anda kini boleh mendapatkan sebuah BMW i8 pada harga serendah RM428 ribu sahaja, dan harus diingatkan, harga jualan BMW i8 ketika dilancarkan beberapa tahun dahulu adalah sekitar RM1.3 juta!

 


BMW i8 dikuasakan oleh enjin tiga silinder 1.5 liter turbo (231 hp/320 Nm) yang menggerakkan roda belakang dan digandingkan dengan motor elektrik  (143 hp/250 Nm) pada gandar hadapan. 

Gandingan kuasa kedua-dua sistem ini (374 kuasa kuda/570 Nm) membolehkan BMW i8 memecut dari sifar ke 100 km/j dalam masa 4.4 saat dengan penggunaan bahan bakar serendah 1.8 liter/100 km. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk mereka yang berbajet terhad, tidak perlu risau kerana BMW i8 sudah tersedia 'cantik', namun…
Berita Global
Ini kerana berdasarkan rekod jualan yang diperoleh daripada Goodcarbadcar, Acura telah berjaya…
Berita Global
Model pertama yang menyertai sub-jenama BMW, i ini telah pun meraih jumlah jualan melebihi 20,000…