Contoh modifikasi untuk BMW i8 dari EVE.RYN - BMW i8 E.N.ARMY EDITION

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BMW i8 merupakan salah satu kereta futuristik yang sudah pun wujud di Malaysia dengan harga berkisar sekitar RM1.3 juta sehingga RM1.5 juta. 

Baca: BMW i8 Coupe - RM1.3 juta

Baca: BMW i8 Roadster - RM1.5 juta

Spesifikasi asal kilang mungkin sudah cukup sporty, namun bagi para pemilik i8 yang inginkan kelainan pada kereta sports hibrid ini, anda perlu melihat hasil kerja yang dibuat oleh EVE.RYN. 
 


Dinamakan sebagai i8 Roadster E.N.ARMY EDITION, pihak EVE.RYN telah menjalankan pelbagai modifikasi kosmetik bagi menaikkan lagi seri BMW i8 yang serba futuristik dan moden ini. 

Dimulakan dengan bahagian hadapan, syarikat firma penala tersebut telah mereka semula bumper hadapan lengkap dengan corong ambilan udara diperbuat daripada gentian karbon. 

Penampilan agresif ini diteruskan dengan penambahan skirt sisi dan kemasan add-on di bahagian belakang seperti sayap belakang dan diffuser gentian karbon yang menghilangkan terus imej sopan BMW i8.
 


Arca roda juga telah dilebarkan dengan penambahan fender flare, manakala set rim berwarna emas menghiasi keempat-empat sudut kereta roadster ini. 

Sebelum terlupa, keseluruhan bahagian luaran BMW i8 ini menerima layangan warna hijau terang matte diselangseli dengan warna hijau yang lebih gelap. 

Kemasan hijau ini turut ditampilkan pada logo asal BMW di hadapan dan belakang, menggantikan warna asal biru yang keluar dari kilang.
 


Modifikasi di atas walaubagaimanapun tidak termasuk sentuhan di bahagian nadi kuasa. 

Jadi, BMW i8 Roadster E.N.ARMY EDITION masih mengekalkan nadi hibrid 1.5 liter turbo + motor elektrik yang mampu menghasilkan 369 kuasa kuda dan 420 Nm, cukup berkuasa untuk memalukan sebuah supercar buatan tempatan di laluan kanan lebuhraya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…
Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Selain daripada itu, Toyota turut mempamerkan konsep ubahsuai bagi dua model pentingnya, iaitu GR…