Berbanding dengan tayar UltraContact UC6 yang terbukti mempunyai reputasi yang baik, UltraContact UC7 telah direka dengan peningkatan prestasi yang ketara, terutama aspek brek dan kawalan atas permukaan basa, kecekapan bahan api, serta pengendalian yang dipertingkatkan.
Continental telah membangunkan teknologi Confidence+ yang menggabungkan teknologi kompaun yang terbaik untuk mencipta sebuah tayar yang tidak berkompromi dengan mana-mana aspek keselamatan, keselesaan, pengendalian dan jangka hayat, sekaligus memberikan lebih keyakinan kepada pemandu untuk pemanduan seharian dan tiba ke destinasi dengan lebih selamat.
Pasukan jurutera Continental di seluruh dunia yang terdiri daripada 25 jurutera dan pakar bahan telah mengambil masa lebih daripada 9,500 jam untuk mereka bentuk, membuat simulasi, membina dan menguji prototaip dengan fokus kepada pengguna sasaran.
Untuk fasa pembangunan sahaja, lebih daripada 850 ujian telah dijalankan di dalam pelbagai keadaan, dengan jarak gabungan yang boleh mengelilingi bumi sebanyak 12 kali.
Dengan Diamond DNA - Diamond Compound, Noise Breaker 3.0 dan Aqua Channel Advanced, UltraContact UC7 baharu ini memberikan tiga kelebihan utama, iaitu prestasi basah luar biasa, pengurangan bunyi dan jangka hayat memandu yang lebih lama.
Prestasi yang cemerlang di atas jalan licin basah disumbangkan oleh permukaan alur Aqua Channel di bahagian tengah yang cekap memindahkan air untuk mengurangkan risiko hidroplaning, dibantu dengan Flow X-celerator yang memanfaatkan prinsip Kesan Venturi untuk mempercepatkan aliran alir dan meningkatkan sentuhan permukaan getah dan jalan raya.
Formulasi Diamond Compund UltraContact UC7 pula meningkatkan transformasi tenaga kinetik ke haba pada tahap optimum, memberikan jarak brek yang lebih pendek walaupun di atas jalan basah.
Teknologi Noise Breaker 3.0 pula bertindak mengganggu gelombang bunyi yang terhasil dengan mengganggu homogeniti alur, di mana gelombang bunyi itu akan dipecahkan dan berubah menjadi gelombang yang lebih kecil, sekaligus menghalang bunyi bising daripada masuk ke ruang kabin.
Selain itu, Diamond Compound dengan 'sentuhan bisikan' itu juga menyumbang kepada pengurangan penjanaan bunyi dengan menyerap impak daripada jalan raya.
Rangkaian polimer yang dioptimumkan dalam Diamond Compound juga memastikan jangka hayat bunga tayar yang lebih panjang, dan memberikan ketenangan minda kepada pemilik sepanjang tempoh hayat tayar tersebut.
Tayar Continental UltraContact UC7 boleh didapati dalam saiz tayar bermula 15 inci hingga 18 inci, sesuai untuk kereta-kereta kompak atau saiz sederhana, MPV dan juga sedan mewah.