Continental Tyres lancar tayar baharu ComfortContact CC7 - Pilihan saiz 13-16 inci

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada bulan Ogos 2022, Continental Tyres telah melancarkan tayar UltraContact UC7, dan bagi menambahkan tawaran pilihan dalam rangkaian Generasi 7 nya, mereka telah melancarkan tayar baharu ComfortContact CC7.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

ComfortContact CC7 merupakan tayar yang memfokuskan pada kepada keselesaan bagi membolehkan pemandu dan penumpang benar-benar menikmati setiap perjalanan yang mereka lalui.

Berbanding dengan tayar ComfortContact CC6, ComfortContact CC7 memberikan tahap keselamatan yang dipertingkatkan di atas jalan menerusi penambahbaikan ketara dari segi pengendalian dan brek, tanpa menjejaskan tahap keselesaan dan pengurangan bunyi bising.

Continental telah menggunakan Teknologi Comfort+ yang menjanjikan pengalaman pemanduan lebih lancar dan senyap yang memberikan keselesaan dan ketenangan minda - “Driving Comfort, Redefined byTechnology”.

Continental juga telah memanfaatkan kepakaran dari 30 jurutera dari seluruh dunia yang mengambil masa lebih 7,500 jam untuk mereka bentuk, menjalankan ujian simulasi, membina dan menguji prototaip.

 

2

 

Pembangunan tayar ComfortContact CC7 telah diuji dengan 500 ujian yang dilakukan di atas pelbagai keadaan jalan dan makmal, dengan jarak yang cukup untuk mengelilingi Bumi lebih 7 kali.

Teknologi Comfort+ yang digunakan pada ComfortContact CC7 merangkumi tiga ciri utama, iaitu “Z.E.N”, – Zero Shock Pattern, Everflex Compound, dan Noise Muter.

Berbanding generasi terdahulu, Zero Shock Pattern pada ComfortContact CC7 menampilkan reka bentuk corak tayar unik yang mengurangkan hentakan.

Dimana ia direka bentuk bagi mengurangkan secara signifikan kekasaran walaupun di atas permukaan jalan yang berbonggol dan tidak rata.

Noise Muter pada tayar tersebut pula menggabungkan dua teknologi peredam bunyi yang berkesan mengurangkan kebisingan untuk keselesaan bunyi yang lebih baik.

3

Pertamanya ialah Teknologi Noise Breaker 3.0 bertindak memecahkan gelombang bunyi menjadi gelombang yang lebih kecil dan menghalang ia daripada bertambah dan masuk ke dalam kabin kereta.

Manakala yang kedua ialah Teknologi Helmholtz Resonators, dimana ia berfungsi sebagai ruang penyerap bunyi bising pada permukaan corak tayar yang menarik gelombang udara dan menyerap frekuensi bunyi bising sebelum ianya dapat keluar.

Selain aspek keselesaan, tayar ComfortContact CC7 kini dibina dengan bahan Everflex Compound untuk bertahan lama bagi menghadapi asakan penggunaan harian dalam pelbagai keadaan suhu dan musim berbeza.

Tayar ComfortContact CC7 boleh didapati bermula dari saiz 13 hingga 16 inci yang sesuai untuk kegunaan pada kenderaan kompak mini, kompak, saiz sederhana dan MPV.

 

Berita Berkenaan

Tekno Careta
Tayar ini memberikan prestasi pemanduan terbaik yang meningkatkan pemanduan harian ke tahap yang…
Berita Domestik
Continental Tyres akan menawarkan sehingga RM200 dalam bentuk kredit Touch ‘n Go e-wallet bagi…
Pelancaran
Continental SC7 menampilkan siri teknologi terkini seperti corak bunga adaptif yang boleh…