Continental Tyre Malaysia lantik Andrea Somorova sebagai Pengarah Urusan baharu

oleh Mohamad Hanif|
Continental Tyre Malaysia baru-baru ini mengumumkan pelantikan Andrea Somorova sebagai Pengarah Urusan baharu syarikat itu bermula Januari 2022 menggantikan peranan Samir Gupra.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Pengurus Besar Continental of Taiwan, dan berpengalaman di dalam Continental Group selama 23 tahun.

Memulakan kerjaya di Continental Group pada tahun 1999 di Slovakia, Andrea Somorova kemudian berhijrah ke Jerman dan pernah berkhidmat di Malaysia bermula dari tahun 2004 hingga 2010.

Memberikan komen, Andrea berkata, "saya amat teruja untuk kembali semula ke Malaysia dan meneruskan apa yang telah dibuat sebelum ini. Saya juga sentiasa mengalu-alukan idea baharu dari pasukan kami dan percaya dengan memperkasakan mereka menerusi kepercayaan, kerjasama dan komunikasi yang jelas mampu membantu untuk mencapai matlamat bersama.

Samir Gupra kini menyelia operasi Continental di India dan dalam masa yang sama mengetuai Central Asia Region Passenger and Light Truck Tires Replacement Business (PLT RE) di Continental.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain tayar jenama Continental, jenama Jerman itu juga memperluaskan tawaran promosi untuk jenama…
Berita Domestik
Sepanjang tempoh tersebut, pelanggan yang membeli sekurang-kurangnya dua unit tayar kereta atau…
Berita Domestik
Kedua-dua syarikat itu menyasarkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka di dalam negara ini…